Juara Dunia yang Menjadi Pensyarah

2023-11-28 17:00:46  cri
Share with:


Peraduan Kemahiran Dunia ke-44 merupakan kejohanan kemahiran vokasional yang paling berprestij di dunia. Ia diadakan dua tahun sekali, dan digelar sebagai "Sukan Olimpik Kemahiran Dunia".

Yang Denghui, juara acara CNC milling dalam Peraduan Kemahiran Dunia ke-44. Selepas menjadi juara dunia, Yang diberi beberapa peluang pekerjaan yang bergaji tinggi. Namun beliau menolaksemua peluang pekerjaan itu, dan memilih bertugas sebagai pensyarah kolej.

Dalam tempoh enam tahun bertugas sebagai pensyarah, Yang berjaya memupuk dua orang pelajarnya meraih kejuaraan dunia, dan dua lagi pula dinobatkan juara kebangsaan.

Ramai pelajarnya lagi mendapatkan tawaran pekerjaan yang bergaji tinggi selepas lulus dari kolej.