Perjanjian Paris Mustahil Dicapai Tanpa Sokongan Presiden Xi - Kata Laurent Fabius

2023-12-08 15:29:11  CRI
Share with:


Persidangan Pihak Berkepentingan Konvensyen Rangka Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim ke-28 (COP-28) diadakan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 30 November hingga 12 Disember. Persidangan itu akan membuat kesimpulan terhadap pelaksanaan Perjanjian Paris di peringkat global. 

Pada tahun 2015, Presiden China Xi Jinping menghadiri Persidangan Perubahan Iklim di Paris, membentangkan falsafah dan pandangan China mengenai tadbir urus iklim global, dan ia sekali gus memainkan peranan penting dalam pencapaian Perjanjian Paris.

Laurent Fabius, Pengerusi Persidangan Perubahan Iklim Paris pada tahun 2015, ketika mengimbas kembali persidangan itu menyatakan, Perjanjian Paris mustahil dicapai tanpa sokongan presiden China. 

Beliau pernah banyak kali menemui Presiden Xi, dan beliau beranggapan bahawa peranan peribadi Xi Jinping amat penting. 

"Percintaan beliau ke atas negara dan pandangan jauhnya amat menyentuh hati saya," kata Fabius.