Adora Magic City Mulakan Perjalanan Sempena TBC

2024-02-10 12:58:05  CRI
Share with:

Kapal persiaran mega buatan China, Adora Magic City yang membawa 4,500 penumpang bertolak dari Shanghai pada Jumaat untuk perjalanan sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC).

Pada bulan Januari, pelabuhan Shanghai mengendalikan sebanyak 13 buah kapal persiaran yang keluar masuk pintu sempadan membabitkan 57,000 penumpang  dan anak kapal.

Jumlah kapal persiaran yang keluar masuk pintu sempadan melalui pelabuhan berkenaan dijangka mencatat 20 pada bulan ini.