Xi, Isteri Sampai Salam kepada Guru dan Pelajar AS Sempena TBC

2024-02-11 14:43:02  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping dan isteri, Peng Liyuan menyampaikan salam kepada guru dan pelajar Sekolah Tinggi Lincoln di Amerika Syarikat (AS) sempena perayaan Tahun Baharu Cina (TBC).

Sebelum ini, guru dan pelajar dari sekolah itu mengirim kad ucap selamat menyambut TBC kepada Xi, Peng serta seluruh rakyat China. 

Lebih 100 orang guru dan pelajar membubuh tandatangan pada kad berkenaan dengan harapan agar rakyat China dikurniakan kebahagiaan dan kesihatan pada Tahun Naga.

Menerusi kad ucap selamat yang dibalas kepada mereka, Xi dan Peng menjemput guru dan pelajar berkenaan datang melawat China termasuk menyertai program interaksi dan belajar membabitkan 50,000 remaja AS dalam tempoh lima tahun, sebagai usaha meningkatkan persahabatan antara rakyat terutamanya golongan pemuda kedua-dua negara.