NDRC Komited Optimumkan Persekitaran Pembangunan Sektor Swasta

2024-02-12 13:35:01  CRI
Share with:

Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) komited mengambil lebih banyak tindakan pragmatik untuk mengoptimumkan persekitaran pembangunan sektor swasta dan meningkatkan keyakinan perusahaan terbabit.

Naib Ketua Setiausaha NDRC, Yuan Da menegaskan perlunya mempercepat proses legislatif undang-undang mengenai penggalakan ekonomi swasta, sekali gus memastikan dasar-dasar berkenaan dilaksanakan secara mantap.

Sementara itu, usaha perlu dipergiat untuk melengkapkan mekanisme perkongsian maklumat menyasar perusahaan swasta dan menggalakkan lebih banyak modal swasta mengambil bahagian dalam projek utama negara.