Bilangan Pelancong Domestik Dijangka Lepasi 6 Bilion Tahun Ini

2024-02-12 12:34:54  CRI
Share with:

Jumlah pelancong domestik dijangka melebihi enam bilion sepanjang 2024, menurut Institut Penyelidikan Pelancongan China (CTRI).

CTRI turut menganggarkan bilangan pelancong yang melakukan perjalanan di dalam dan ke luar akan melepasi 260 juta pada tahun ini.

Pasaran pelancongan dan rantaian industri pelancongan pulih dengan ketara pada tahun lepas, menyaksikan bilangan pelancong domestik serta pendapatan sektor berkenaan meningkat lebih sekali ganda dari tahun ke tahun.

Jumlah pelancong yang melakukan perjalanan di dalam dan ke luar melebihi 190 juta, meningkat lebih 2.8 kali ganda berbanding tahun sebelumnya.