Gala TBC Jadi Medium Sebar Budaya China

2024-02-13 14:29:51  CRI
Share with:

Gala Tahun Baharu Cina (TBC) 2024 berjaya mencuit perhatian dunia dengan mencatat jumlah tontonan tertinggi, sekali gus menjadi medium yang unik dalam menyebarkan budaya China.

Setakat jam 9.00 pagi Isnin, sebanyak 2,300 media dari 200 negara dan wilayah membuat siaran langsung dan liputan mengenai gala anjuran Kumpulan Media China (CMG) itu.

Laporan CMG menerusi pelbagai bahasa turut dicatat melebihi 1.14 bilion bacaan dan 331 juta tontonan video di peringkat global.

Gala berkenaan juga disiarkan secara langsung dan dipromosikan menerusi sebanyak 3,285 skrin digital gergasi di 90 bandar membabitkan 49 buah negara.