Pedas Giler: Undi Veto AS Gagalkan Resolusi Gencatan Senjata di Gaza

2024-02-22 14:43:20  CRI
Share with:

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengadakan pengundian terhadap draf resolusi yang menuntut gencatan senjata kemanusiaan diwujudkan segera di Gaza, pada Selasa. Bagaimanapun, resolusi dikemukakan Algeria yang mewakili negara Arab itu gagal diluluskan susulan Amerika Syarikat (AS) membuang undi veto.

Tindakan AS menggunakan hak veto terhadap resolusi gencatan senjata di Gaza mencerminkan satu pendekatan yang berat sebelah dan membelakangi nilai kemanusiaan. Sikap AS yang tidak menghiraukan penderitaan rakyat Palestin tersebut sekali lagi mengecewakan rakyat seluruh dunia.

Tindakan AS ini mengeluarkan satu mesej yang jelas kepada dunia, iaitu berbanding kepentingan geopolitiknya, prinsip kemanusiaan dan konsensus antarabangsa adalah boleh diketepikan.