Pedas Giler: Bekalan Kemanusiaan Jadi Ancaman Keselamatan Israel?

2024-02-23 15:00:10  CRI
Share with:

Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) mengesahkan konvoi bantuan kemanusiaan ditembak tentera laut Israel pada 5 Feb lalu.

Pengarah Komunikasi UNWRA, Juliette Touma berkata inilah kali ketiga konvoi PBB diserang semasa menjalankan misi menghantar bekalan ke utara Gaza.

PBB menganggarkan terdapat 300,000 orang penduduk Palestin mengalami kebuluran.