Pedas Giler: 'China-Phobia' Sebenarnya Prasangka Kuat kepada China
Di sebalik sentimen 'China-Phobia' adalah prasangka yang kuat dunia Barat terhadap kebangkitan China. Nampaknya mereka tidak boleh menerima pembangunan negara Tembok Besar ini dengan sikap terbuka dan rasional.
Latar belakang:
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik gelombang 'China-phobia' yang semakin menular di negara Barat.
Tegas beliau, Malaysia tidak akan terikat dengan satu pendirian semata-mata dan menegaskan beliau tidak akan terpengaruh dengan sikap prejudis terhadap China.
"Kenapa saya harus terikat dengan satu pendirian? Saya tidak akan terikut dengan prasangka kuat kepada China ini, China-phobia ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam temu bual bersama Financial Times, sebagai respons terhadap kritikan Amerika Syarikat (AS) terhadap hubungan Malaysia dengan negara ekonomi terbesar Asia itu.