Pucuk Pimpinan PKC Bincang Draf Laporan Kerja Kerajaan

2024-03-01 12:36:12  CRI
Share with:

Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan mesyuarat bagi membincangkan draf laporan kerja kerajaan yang diserahkan Dewan Negara pada Khamis. 

Laporan berkenaan akan dipanjangkan kepada sidang kedua Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 untuk dibahaskan.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-75 penubuhan Republik Rakyat China dan tahun yang signifikan bagi merealisasikan matlamat Rancangan Lima Tahun ke-14 (2021-2025).

Berhubung kerja kerajaan tahun ini, mesyuarat itu menegaskan perlunya mengamalkan konsep pembangunan baharu secara utuh, tepat dan menyeluruh, mempercepat paradigma pembangunan baharu dan memperkasa pembangunan berkualiti tinggi.

Usaha juga hendaklah digandakan untuk memperdalam pembaharuan dan pintu terbuka secara menyeluruh, di samping mendorong kemandirian serta swadaya sains dan teknologi.

Antara aspek lain yang turut diberi penekanan termasuk meningkatkan kawalan makro, menjana kedinamikan ekonomi, mencegah dan menangani risiko, memperkukuh trend perkembangan ekonomi ke arah baik, serta menambah baik kesejahteraan rakyat dan menjamin kestabilan masyarakat.