Sidang Tahunan CPPCC Buka Tirai Isnin Depan

2024-03-01 15:05:56  CRI
Share with:

Sidang kedua Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) ke-14 akan membuka tirai di Beijing pada 4 Mac. 

Antara agenda utamanya termasuk meneliti dan membahaskan laporan kerja Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, serta laporan mengenai kerja mengendalikan usul-usul daripada penasihat politik sejak sidang pertama Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC ke-14.

Para anggota Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC akan menghadiri sidang kedua Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 sebagai peserta bukan pengundi untuk mendengar dan membincangkan laporan kerja kerajaan serta laporan lain.