Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Baharu Hungary

2024-03-02 14:21:03  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping mengucapkan tahniah kepada Tamas Sulyok yang dipilih sebagai Presiden Hungary, pada Khamis.

Xi berkata sejak tahun-tahun kebelakangan ini, hubungan China-Hungary mengekalkan perkembangan pada tahap tinggi, menyaksikan pertukaran lawatan peringkat tinggi terus dipergiat dan kerjasama dalam pelbagai bidang beroleh hasil memberangsangkan.

Di samping itu, kedua-dua negara juga menjalin kerjasama yang baik dalam urusan antarabangsa dan  serantau.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik China-Hungary dan hubungan bilateral mempunyai peluang penting untuk terus berkembang, kata beliau.

Xi meluahkan hasrat ingin bersama Sulyok untuk meneruskan persahabatan tradisional sesama rakyat, memperdalam kesalingpercayaan politik dan pertukaran membabitkan pelbagai bidang, menggalakkan kerjasama berkualiti Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), sekali gus melonjakkan perkongsian strategik komprehensif China-Hungary ke tahap baharu.