Xi Tulis Prakata Bahan Bacaan untuk Latihan Pegawai

2024-03-02 15:04:07  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Xi Jinping menulis prakata bahan bacaan kumpulan keenam untuk latihan pegawai serata negara, yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

Beliau menegaskan, modenisasi ala China merupakan jalan yang pasti ditempuhi ke arah membina negara kuat dan mewujudkan kebangkitan bangsa.

Ia akan membantu merintis perjalanan baharu menuju pemodenan umat manusia, sekali gus mencipta bentuk baharu peradaban manusia, kata Xi sambil menambah bahawa ia merupakan misi mulia dan ujian mencabar buat Parti.

Xi menyatakan adalah mendesak untuk melengkapkan diri dengan teori-teori demi memperkasakan perpaduan dan pembangunan Parti.

Beliau menyifatkan inovasi Parti dari segi teori dan amali sebagai amat dinamik dalam era baharu, begitu juga pengajian yang dijalankan warga Parti.

Menurut Xi, bahan bacaan yang disediakan disusun kemas dengan pengisian membabitkan hasil inovasi dalam era baharu dan praktik PKC dalam memajukan dan mengembangkan pemodenan bercirikan China.

Beliau turut meluahkan harapan supaya pegawai dari segenap peringkat meneliti bahan bacaan berkenaan dan mempraktikkannya, serta mengambil tindakan konkrit untuk menyempurnakan pelbagai tugasan sebagai usaha memajukan modenisasi ala China.