Kru Shenzhou-17 Selesai EVA Kedua

2024-03-02 15:28:59  CRI
Share with:


Kru Shenzhou-17 berjaya menyempurnakan misi aktiviti luar kenderaan (EVA) kedua pada pukul 1.32 petang Sabtu, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).

Dalam misi kira-kira lapan jam itu, angkasawan telah menyelesaikan kerja penyelenggaraan sayap suria yang dipasang pada modul teras Tianhe. 

Ini merupakan tugas penyelenggaraan luar kabin yang disempurnakan angkasawan China buat pertama kalinya. 

Selain itu, angkasawan juga menjalankan pemeriksaan terhadap keadaan modul stesen angkasa lepas.