Buku Petikan Wacana Xi mengenai Hak Asasi Dilancar di Paris

2024-03-02 15:20:32  CRI
Share with:

Majlis pelancaran buku 'Petikan Wacana Xi Jinping mengenai Penghormatan dan Perlindungan Hak Asasi Manusia' versi bahasa Perancis-Cina berlangsung di Paris pada Khamis. 

Acara itu dianjurkan serentak dengan seminar 'Kebijaksanaan China mengenai Tadbir Urus Hak Asasi Manusia Global'.

Kuasa Usaha Sementara Kedutaan China di Perancis, Chen Dong dalam ucapannya berkata buku itu menghimpunkan wacana dan huraian Presiden Xi tentang hak asasi manusia, memperlihatkan konsep hak asasi berpusatkan rakyat yang diamalkan China serta tradisi mengutamakan rakyat yang dijunjung dalam budaya China.

Ia turut menghuraikan falsafah pentadbiran berpaksikan rakyat yang dipegang Parti Komunis China (PKC) serta saranan China berkaitan tadbir urus hak asasi global.

Pengarah Pusat Penyelidikan Eropah untuk Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan, Jean-Christophe Bas pula berkata dunia sekarang menyaksikan konsep nilai beralih ke arah kepelbagaian. Wacana Presiden Xi justeru memperlihatkan semangat yang menegakkan kepelbagaian.

Dilaporkan, acara berkenaan dihadiri lebih 60 tokoh lingkungan politik, ekonomi dan budaya dari China dan Perancis.