Xi Pesan Pegawai Muda Galas Tugas dalam Perjalanan Baharu

2024-03-02 15:45:47  CRI
Share with:

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Xi Jinping menitipkan pesanan supaya para pegawai muda mengekalkan aspirasi asal serta misi yang digalas, bekerja keras dan memikul tugas sejarah dalam perjalanan baharu.Xi membuat pesanan itu ketika berucap merasmikan program latihan untuk pegawai muda dan pertengahan umur di Sekolah Parti Jawatankuasa Pusat PKC pada Jumaat.

Beliau berkata pegawai muda yang merupakan pengganti kepada perjuangan sosialisme bercirikan China, perlu kekal yakin terhadap teori inovatif Parti dan mempraktikkannya secara aktif. 

Diharap para pegawai berdedikasi terhadap kesejahteraan rakyat, menggalas tanggungjawab yang diamanahkan dan menjadi penggalak bagi mewujudkan ekosistem politik yang sihat.

Xi menuntut agar pertubuhan parti di semua peringkat mendidik, mengurus dan menyelia para pegawai dengan ketat dan memupuk pewaris boleh dipercayai yang mampu memikul tanggungjawab dalam perjuangan ke arah membina negara kuat dan merealisasikan kebangkitan bangsa.