Pameran Pertukaran Lawatan China-Perancis pada Abad ke-17, ke-18 Diadakan di Kota Larangan

2024-04-02 14:05:34  CRI
Share with:

Pameran "Kota Larangan dan Istana Versailles - Pertukaran Lawatan China-Perancis pada Abad ke-17 dan ke-18" membuka tirai di Beijing pada Isnin. 

Lebih 200 barang artifak dari Kota Larangan Beijing, Istana Versailles dan institut koleksi lain dipamerkan, menceritakan sejarah pertukaran diplomatik, kebudayaan dan kesenian antara China dan Perancis pada zaman dahulu.

Sebagai satu pameran penting sempena Tahun Pelancongan Kebudayaan dan Pelancongan China-Perancis, pameran tersebut akan berlangsung di Dewan Wenhua, Kota Larangan Beijing dari 1 April hingga 30 Jun.