Tianshui: Semangkuk Malatang Tawan Hati Pengunjung

2024-04-02 16:14:36  CRI
Share with:

Kota Tianshui di provinsi Gansu dibanjiri ramai pengunjung yang datang untuk mencuba malatang, sejenis hidangan stimbot pedas yang menjadi viral di media sosial China. 


Di hadapan gerai-gerai di tepi jalan, orang ramai kelihatan berbaris panjang menunggu giliran untuk membeli semangkuk malatang.

Mengapa malatang begitu digemari ramai? Resipi kelazatannya adalah pelbagai ramuan dan bahan perisa tempatan yang digunakan seperti lada biji Maiji dan lada Gangu.

Tianshui terletak di persimpangan antara Dataran Tinggi Loes dan Banjaran Qinling, dan merupakan legeh bagi Sungai Kuning dan Sungai Yangtze.


Sebagai sebuah kota penting di Jalan Sutera, Tianshui yang berusia lebih 8,000 tahun antara tempat lahirnya tamadun China.


Bertolak dari Tianshui menuju ke arah timur laut, anda boleh sampai ke Dadiwan, sebuah tapak tinggalan budaya Zaman Neolitik yang memiliki sejarah lebih 8,000 tahun.

Memandu ke arah tenggara, anda boleh melihat Groto Maijishan yang menjadi saksi penting Jalan Sutera purba. Ia merupakan khazanah seni bangsa China dan juga komponen penting kepada warisan budaya dunia.