China Sedia Tingkatkan Kerjasama Strategik Seluruh Aspek dengan Indonesia: Xi

2024-04-02 14:01:20  CRI
Share with:


Presiden China, Xi Jinping mengadakan rundingan dengan Presiden terpilih Indonesia, Prabowo Subianto di Dewan Besar Rakyat Beijing petang Isnin.


Xi menyatakan bahawa China sentiasa memandang hubungan China-Indonesia dari perspektif strategik dan jangka panjang, dan bersedia terus meningkatkan kerjasama strategik seluruh aspek dengan Indonesia.


Xi berkata, China bersedia berganding bahu dengan Indonesia untuk membina komuniti berkongsi nasib bersama yang mempunyai pengaruh di rantau ini bahkan di peringkat global supaya membawa limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, dan menyumbang kepada keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau dan dunia.