'Pengalaman Beijing' dalam Lindungi Paksi Tengah

2024-04-02 16:05:04  CRI
Share with:

Paksi Tengah Beijing yang panjangnya kira-kira 7.7 kilometer bermula dari Gerbang Yongding di sebelah selatan, melintasi Gerbang Zhengyang, Dataran Tian'anmen, Kota Larangan, Bukit Jingshan, dan berakhir di Menara Dram dan Menara Loceng di sebelah utara.


Dengan menghimpunkan bangunan monumental, bangunan istiadat dan bangunan ikonik yang dibina sejak abad ke-13, Paksi Tengah itu menjadi saksi kepada tamadun China.


Ia juga merupakan paksi bandar bersejarah yang paling panjang dan utuh di dunia.

Kerajaan Beijing turut melaksanakan siri pendekatan untuk melindungi Paksi Tengah yang merupakan warisan budaya penting bagi bandar itu. 


Pertandingan Pewarisan dan Inovasi Legasi Budaya Paksi Tengah Beijing 2024 telah membuka tirainya baru-baru ini. 


Acara itu memberi peluang kepada orang ramai untuk menghayati dan menyemarakkan budaya Paksi Tengah Beijing menerusi karya dalam bentuk sastera, seni, reka bentuk dan lain-lain.