CMG Anjur Pameran Seni, Galak Pertukaran Budaya China-Perancis

2024-04-03 15:00:35  CRI
Share with:

Peminat seni di Paris bakal berpeluang menghayati karya-karya unggul ciptaan artis tersohor China menerusi pameran anjuran Kumpulan Media China (CMG).


Bertemakan 'Dari Beijing ke Paris - Jerayawara Olimpik Artis China dan Perancis', pameran berkenaan dijadual berlangsung di Les Invalides pada Mei dengan menghimpunkan lebih 200 karya seni.


Aktiviti itu diatur sempena Sukan Olimpik Musim Panas 2024 Paris berdasarkan persepakatan yang dicapai pemimpin China dan Perancis. 


CMG bersama Jawatankuasa Sukan Nasional dan Olimpik Perancis (CNOSF), Liga Bola Sepak Profesional Perancis dan beberapa institusi kesenian tempatan mengeluarkan jemputan kepada lebih 100 orang artis kontemporari China. 


Tahun 2024 menandakan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik dan juga Tahun Kebudayaan dan Pelancongan China-Perancis. 


CMG akan turut melancarkan siri aktiviti media membabitkan Beijing dan Paris untuk menyemarakkan semangat Olimpik, sekali gus menyuntik kedinamikan baharu kepada pertukaran dan saling belajar sesama tamadun.