Qing Ming: Ziarahi Jirat Nenek Moyang Lepaskan Kerinduan, Nikmati Keindahan Musim Bunga

2024-04-03 12:15:02  CRI
Share with:

Hari Qing Ming bagi tahun ini jatuh pada 4 April.

 

Dalam budaya tradisional China, amalan menziarahi dan membersihkan jirat nenek moyang pada Hari Qing Ming antara adat resam yang diwarisi turun-temurun, sebagai menyampaikan perasaan rindu dan hormat kepada mereka yang sudah tiada lagi di dunia ini.

 

Walau bagaimanapun, Hari Qing Ming bukanlah hanya dikaitkan dengan kesedihan, tetapi juga dikenali sebagai musim untuk memijak rumput-rumput yang kembali menghijau iaitu tibanya masa orang ramai keluar beriadah dan bersantai sambil menikmati keindahan musim bunga.