Tanah Besar, Taiwan Sedarah Sedaging -- Presiden Xi

2024-04-11 13:01:22  CRI
Share with:

Tanah Besar dan Taiwan sedarah sedaging, dan hubungan antara kedua-dua pantai Selat Taiwan harus ditangani dengan menjaga kepentingan keseluruhan dan memacu pembangunan untuk jangka masa panjang. 

Demikian kata Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Xi Jinping semasa ditemui Ma Ying-jeou dan rombongannya dari Taiwan di Beijing pada Rabu.    


Xi berkata, rakyat kedua-dua pantai Selat Taiwan sebagai anak bangsa China mempunyai latarbelakang budaya dan sejarah yang sama, dan bukan sahaja memikul tanggungjawab yang sama untuk kepentingan bangsa, tetapi juga mempunyai aspirasi yang sama untuk masa depan.


Xi menekankan peri pentingnya menjaga dengan tegas kampung halaman milik bersama bangsa China. 


"Saudara setanah air di kedua-dua pantai Selat Taiwan perlu berpegang kepada Konsensus 1992 yang berteraskan  prinsip Satu China, terutamanya perlu mempunyai persepsi yang sama bahawa rakyat kedua-dua pantai Selat Taiwan yang tergolong dalam satu negara dan satu keluarga harus meningkatkan pertukaran dan persefahaman, memupuk rasa saling percaya, menebus persamaan dan mengatasi pertelingkahan,” kata Xi.

Xi menegaskan saudara setanah air di kedua-dua pantai Selat Taiwan perlu bekerjasama mewujudkan kesejahteraan bangsa China untuk jangka masa panjang.


“Kami (Tanah Besar) berkeupayaan dalam membantu lebih 1.4 bilion rakyat di Tanah Besar menjalani kehidupan yang lebih baik, dan kami juga berkeupayaan untuk bekerjasama dengan saudara setanah air di Taiwan untuk mewujudkan masa depan yang lebih indah.


“Kami sentiasa prihatin terhadap kesejahteraan saudara setanah air di Taiwan, dan meletakkan Taiwan di kedudukan utama dalam berkongsi peluang yang dibawa modenisasi ala China dan hasil pembangunan dan kemajuan yang dicapai di Tanah Besar.


“Kami bertindak pantas dalam membantu saudara setanah air dari Taiwan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi mereka,  dan berikrar memperjuangkan matlamat yang berkaitan dengan kepentingan dan kesejahteraan mereka demi masa depan yang lebih baik.

Xi juga menegaskan peri pentingnya untuk membina kesedaran tentang Komuniti Bangsa China demi kebangkitan nusa dan bangsa, dan komited mengambil langkah-langkah yang lebih mantap untuk menggalakkan pertukaran dan interaksi antara rakyat kedua-dua pantai Selat Taiwan.


Sementara itu, Ma Ying-jeou pula menyifatkan menegakkan Konsensus 1992 dan menolak "Kemerdekaan Taiwan" sebagai asas politik bersama untuk perkembangan  hubungan kedua-dua pantai Selat Taiwan secara damai.


“Rakyat di kedua-dua pantai Selat Tawai yang tergolong dalam bangsa China, perlu mengintensifkan pertukaran dan kerjasama, mewarisi budaya China demi kesejahteraan bersama, dan berusaha gigih memperjuangkan matlamat tentang kebangkitan nusa dan bangsa,” kata Ma.