Xi Ucap Tahniah Pellegrini Dipilih Presiden Slovakia

2024-04-13 16:38:15  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping menyampaikan perutusan tahniah kepada Peter Pellegrini yang dipilih sebagai Presiden Slovakia.


Xi berkata hubungan China-Slovakia mengekalkan trend perkembangan baik pada beberapa tahun kebelakangan ini, dengan luasnya prospek kerjasama dalam pelbagai bidang. 


Tahun ini menandakan ulang tahun ke-75 ikatan diplomatik China-Slovakia, sekali gus mencetuskan peluang baharu untuk perkembangan hubungan dua negara.


Beliau menzahirkan hasrat bersinergi dengan Pellegrini untuk memperdalam persahabatan tradisional dan kesalingpercayaan politik sesama negara, memperkasa kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta kolaborasi antara China dengan negara Eropah Tengah dan Timur, dan mendorong hubungan dua hala ke tahap lebih tinggi demi manfaat rakyat.