Xi Ditemui Presiden Republik Suriname

2024-04-13 15:16:51  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping mengadakan perbincangan bersama rakan sejawatnya dari Republik Suriname Chandrikapersad Santokhi di Beijing pada petang Jumaat.


Xi berkata China bersedia untuk terus menyokong dan memahami antara satu sama lain dengan Suriname, mengekalkan pertukaran lawatan peringkat tinggi, merapatkan ikatan muhibah sesama pelbagai jabatan, badan perundangan dan parti politik, selain berkongsi pengalaman dalam tadbir urus negara.


Dialu-alukan lebih banyak produk berkualiti keluaran Suriname diperkenal dan dipasarkan di China, kata Xi sambil menambah bahawa kerjasama kedua-dua pihak membabitkan dagangan, pelaburan, pertanian, tenaga, perlombongan, pembinaan infrastruktur dan ekonomi digital akan giat dilaksanakan bagi membawa limpahan manfaat buat rakyat.

Beliau turut menyatakan hasrat ingin bekerjasama dengan Suriname dan negara membangun lain untuk mengukuhkan penyelarasan pelbagai hala, perpaduan dan kerjasama, menjaga kepentingan bersama, mewujudkan pembangunan bersama dan menggerakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.


Sementara itu, Santokhi berkata Suriname menyokong inisiatif utama disyorkan China, seperti Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan Inisiatif Pembangunan Global, dengan menyifatkannya sebagai amat penting dalam menegakkan multilateralisme dan menggalakkan keamanan dunia serta pembangunan mampan.


Menurut beliau, pihaknya berharap pertukaran antara parti politik kedua-dua negara dapat dipererat lagi dan kolaborasi dalam bidang seperti perdagangan, pelaburan, pembangunan hijau dan usaha menangani perubahan iklim giat diperkasa, supaya memajukan perkongsian kerjasama strategik Suriname-China.