China, Jerman Komited Eratkan Hubungan Bilateral Rancakkan Pertukaran

2024-04-16 15:49:31  CRI
Share with:

Tahun ini ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Segenap Aspek China-Jerman. Dalam tempoh sedekad lalu, hubungan dua hala berkembang dengan stabil dan sihat, dan kerjasama dalam pelbagai bidang terus meningkat sehingga dapat mencetuskan momentum kepada pembangunan di negara  masing-masing. Kedua-dua pihak dikehendaki bersikap terbuka mengeratkan pertukaran dan lawatan, serta memupuk rasa saling percaya dalam bidang pelaksanaan strategi.


Demikian dinyatakan Presiden China, Xi Jinping ketika ditemui Canselor Jerman, Olaf Scholz di Rumah Tamu Negara Diaoyutai di Beijing pagi tadi.


Xi menyatakan bahawa kerjasama China-Jerman yang saling menguntungkan tidak membawakan risiko, sebaliknya menyediakan jaminan bagi memastikan kestabilan hubungan dua hala dan juga peluang untuk meneroka masa depan. Kedua-dua negara mempunyai potensi amat besar untuk melakukan kerjasama menang-menang yang boleh dimanfaatkan bersama-sama, baik dalam bidang tradisional seperti pembuatan mesin dan automobil, mahupun dalam bidang baru berkembang seperti transformasi hijau, pendigitalan dan kecerdasan buatan. Kedua-dua pihak diharap mencapai kejayaan bersama-sama melalui kerjasama saling menguntungkan dan sama menang.


"China sebagai pelaksana dasar yang terbuka, berharap pihak Jerman memberikan layanan perniagaan yang saksama, telus, terbuka dan tanpa diskriminasi kepada syaraikat China yang berkembang di Jerman.


"China dan Jerman perlu menjalankan koordinasi secara mandiri dalam bidang multilateralisme, mendorong masyarakat antarabangsa mengambil tindakan yang kondusif untuk menangani cabaran sejagat seperti perubahan iklim, pembangunan tidak seimbang dan konflik rantau, dan memberi sumbangan yang lebih banyak kepada keseimbangan dan kestabilan dunia," tambah Xi.


Scholz dalam pertemuan itu pula menyatakan bahawa Jerman bersedia terus memperkukuh hubungan dua hala, menambah dialog dan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang, dan menggalakkan pertukaran dalam bidang pendidikan dan kebudayaan, yang dilihat amat penting bagi kedua-dua negara ini bahkan dunia. Jerman menentang amalan perlindungan perdagangan dan menyokong perdagangan bebas. Sebagai anggota utama Kesatuan Eropah, Jerman bersedia memainkan peranan aktif dalam mendorong perkembangan hubungan EU-China dengan baik.