Banyak Anggota RCEP Sertai CICPE

2024-04-16 13:33:51  CRI
Share with:

Ekspo Barang Pengguna Antarabangsa China (CICPE) edisi keempat sedang berlangsung di Haikou, provinsi Hainan, selatan China pada masa ini.

Ekspo edisi ini mencakupi kawasan pameran seluas 3,000 meter persegi, disertai lebih 318 jenama dari 11 negara anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

China mempunyai penduduk seramai 1.4 bilion dan 400 juta daripadanya adalah golongan berpendapatan sederhana. Jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita di negara ini mencatat lebih USD12,000, menjadikan pasaran China antara pasaran paling berpotensi di dunia. 

Para pedagang berpendapat bahawa CICPE semakin baik dari segi skop, mutu, efesien dan pengaruh, memperlihatkan peluang pasaran gergasi China dan tekad kukuh negara ini untuk terus meningkatkan tahap keterbukaan kepada dunia.