China Berjaya Lancarkan Satelit Gaojing-3 01 4D

2024-04-16 16:19:09  CRI
Share with:

China berjaya melancarkan satelit Gaojing-3 01 empat dimensi (4D) dengan menggunakan roket pembawa Long March-2D di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan pada pukul 12.12, Isnin.


Satelit itu telah memasuki orbit yang disasarkan, menandakan kejayaan misi pelancaran terbabit.

Difahamkan, Satelit 4D Gaojing-3 01 berfungsi menyediakan perkhidmatan data penderiaan jauh untuk tujuan komersial dalam pelbagai bidang yang baru berkembang seperti pertanian digital, pemodelan maklumat bandar, dan real-scene tiga dimensi (3D), serta bidang tradisional termasuk pengukuran dan pemetaan tanah, pencegahan dan pengurangan bencana, serta pemantauan maritim.


Misi kali ini merupakan penerbangan kali ke-516 bagi roket pembawa siri Long March.