KDNK China Tumbuh 5.3% pada Suku Pertama 2024

2024-04-16 13:17:10  CRI
Share with:

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China pada suku tahun pertama 2024 mencatat RMB29.63 trilion (RM19.63 trilion), bertumbuh 5.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dan bertambah 1.6 peratus berbanding suku tahun keempat 2023.


Demikian dinyatakan Naib Pesuruhanjaya Biro Statistik Negara (NBS), Sheng Laiyun pada sidang media Dewan Negara pada Selasa.


Menurut beliau, pada tiga bulan pertama tahun ini, nilai tambah yang disumbang industri yang mempunyai saiz yang tertentu naik 6.1 peratus, sedangkan yang disumbang sektor pembuatan teknologi tinggi meningkat 7.5 peratus, iaitu naik 2.6 peratus berbanding suku tahun keempat tahun lepas.


"Pada masa yang sama, jualan runcit dalam sektor kepenggunaan masyarakat naik 4.7 peratus, dengan mencecah RMB12.03 trilion (RM7.97 triion), antaranya sektor perkhidmatan menyaksikan pertambahan sebanyak 10.0 peratus. Selain itu, import eksport kargo mencapai nilai RMB10.17 trilion (RM6.74 trilion), naik 5.0 peratus," katanya lagi.