Artikel Xi Mengenai Perlindungan Warisan Budaya di Jurnal Qiushi

2024-04-16 11:21:11  CRI
Share with:

Jurnal "Qiushi" 2024 edisi ke-8 telah menerbitkan satu artikel yang bertajuk "Intensifkan Perlindungan Warisan Budaya, Suburkan Kebudayaan Tradisional China". Artikel tulisan Presiden China Xi Jinping itu merupakan sebahagian petikan daripada ucapannya semasa tempoh dari Ogos 2013 hingga September 2023.


Xi dalam artikel itu menunjukkan perlunya meningkatkan penggunaan dan perlindungan artifak, pewarisan serta perlindungan terhadap warisan budaya, di samping memperhalusi pentafsiran, pengajian, pemameran dan penyebaran berkaitan artifak.


Menurut artikel tersebut, China antara negara mempunyai sejarah dan kebudayaan yang paling kuno di dunia. "Memahami dan menghormati hati budi masing-masing antara tamadun yang berlainan" merupakan sebahagian  ajaran dalam tamadun China. Hendaklah meningkatkan interaksi kebudayaan dalam senario global, mendorong sektor kebudayaan berkembang ke arah yang makmur berdasarkan perlindungan warisan, saling belajar untuk menginsafi tamadun yang berbeza, melaksanakan Inisiatif Tamadun Global (GCI) sehingga dapat menambah unsur kebudayaan yang menebal dalam mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.