Forum Inovasi Media Global Ke-3
Lonjakan yang dicapai dalam inovasi sains dan teknologi bukan sahaja kondusif bagi perkembangan dan kemajuan tamadun manusia, tetapi juga berkaitan rapat dengan ketidakpastian yang wujud dalam pergolakan dunia. Kita perlu mempertahankan aplikasi pintar yang beretika, bersama menambah nilai-nilai ke dalam pembinaan Kecerdasan Buatan (AI) yang patut dipergiatkan ke arah yang selamat, boleh dikawal, bertanggungjawab dan secara berterusan.
Demikian dinyatakan oleh Naib Ketua Pengarah Jabatan Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) merangkap Presiden Kumpulan Media China (CMG), Shen Haixiong ketika berucap dalam Forum Inovasi Media Global ke-3 yang bertema "Aplikasi Pintar yang Beretika, Memikul Bersama Tanggungjawab -- Tadbir Urus Media AI" yang diadakan di Beijing pada Isnin.
Ketua Pengarah Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO), Daren Tang dalam ucapannya secara maya mengatakan, pihaknya memberikan perhatian yang tinggi tentang bagaimana mengimbangkan wujudnya peluang dengan risiko, dan komited meningkatkan kerjasama yang meluas untuk menjamin penggunaan AI dengan baik.
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif AP, Daisy Veerasingham mengatakan, pelbagai agensi berita perlu mematuhi kriteria penggunaan Generative AI. Sementara itu, peraturan berkenaan perlu disempurnakan secara berterusan seiring dengan pembangunan teknologi.
Forum Inovasi Media Global ke-3 terdiri daripada lima komponen yang masing-masing mengangkat tema seperti berikut, "AI, tenaga membina keselamatan pada masa hadapan", "penggunaan dan cabaran bagi industri pengeluaran AI", "kerjasama dan tanggungjawab bersama sejagat pada zaman AI", "inovasi AI dan daya media" serta "Selatan sejagat dengan AI: hapuskan jurang perbezaan digital, membina bersama masa depan yang inklusif”.
“Inisiatif Tindakan Media bagi Tadbir Urus AI” dilancarkan sebagai satu pencapaian utama dalam forum tersebut.
Turut hadir secara fizikal atau maya dalam forum anjuran CMG itu, lebih 200 wakil dari organisasi antarabangsa, badan media arus perdana, kumpulan pemikir serta konglomerat dari dalam dan luar negara.