Barang-barang yang Beraneka dalam Pasar Sambutan Tahun Baharu Cina di Beijing

2024-01-22 21:19:55  CRI
Share with:

Menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, orang China biasanya datang ke pasar yang bertemakan Sambutan Tahun Baharu Cina untuk membeli-belah.

Di sini bukan sahaja terdapat kuih-muih tradisional Beijing, tetapi juga ada kurma merah dari wilayah Xinjiang, ikan yang ditangkap dari Tasik Chagan provinsi Jilin pada musim sejuk, bahkan kek durian dari Malaysia dan roti dari Rusia.

Jenis barang-barang yang dijual sempena perayaan Tahun Baharu Cina terus bertambah, bukan saja melibatkan produk domestik, tetapi juga produk dari negara lain. Ini memastikan bekalan barangan yang pelbagai dan mencukupi menjelang sambutan festival ini. Kesemua ini berkat perkembangan pesat dalam bidang logistik dan e-dagang di China.