Terjemahan Karya Sastera Lambang Jalinan Sejati Rakyat China-Malaysia
Presiden Persatuan Penterjemahan & Penulisan Kreatif Malaysia (PERSPEKTIF), Lim Chuan Boon menunjukkan, PERSPEKTIF sentiasa terlibat secara mendalam dalam penterjemahan dan penciptaan karya sastera bahasa Cina dan bahasa Melayu sejak tertubuhnya pada 38 tahun yang lalu.
Ia sekali gus membantu menggalakkan rasa saling memahami dan perpaduan antara pelbagai etnik dalam kalangan masyarakat Malaysia, di samping memperkasakan kerjasama Malaysia-China dari segi terjemahan, penciptaan, pertukaran sosiobudaya.
Dalam episod Edisi Asia kali ini, Presiden Lim menegaskan, persatuannya komited untuk memainkan peranan aktif dalam memperkukuhkan hubungan China-Malaysia, terutamanya dalam menggerakkan penterjemahan dan penerbitan buku sastera daripada bahasa Cina ke bahasa Melayu pada masa yang akan datang.