Hubungan China-Brazil Menuju 'Lima Dekad Keemasan' Baharu

2024-11-22 15:24:29  CRI
Share with:

Presiden China Xi Jinping mengadakan lawatan rasmi ke Brazil pada 20 November. 


Dalam rundingan dengan rakan sejawatnya Luiz Inacio Lula da Silva, kedua-dua pihak sepakat menaik taraf hubungan bilateral kepada komuniti berkongsi nasib ke arah dunia yang lebih adil dan planet yang lebih mampan, selain menyelaraskan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan strategi pembangunan Brazil.

Demi perkembangan hubungan bilateral pada masa depan, Xi menyarankan kedua-dua negara terus mengukuhkan kesalingpercayaan strategik, memperkasa penyelarasan strategi pembangunan, mempamerkan kekuatan masing-masing dalam menjaga keamanan dan keadilan dunia, serta bersama-sama menyumbang kepada pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan.


Saranan berkenaan menjadi panduan kepada usaha membina komuniti berkongsi nasib China-Brazil, sekali gus memperkaya konotasi hubungan dua negara pada era baharu.


Presiden Lula menyifatkan lawatan Xi menyingkap lembaran baharu hubungan Brazil-China dalam sejarah.


Pembangunan merupakan kunci untuk menangani semua permasalahan, dan juga menjadi aspirasi negara membangun. 


Di Brazil, pemimpin kedua-dua negara bertukar-tukar pendapat secara mendalam tentang pendekatan untuk memperkasa kerjasama praktikal.


Antara hasil penting lawatan kali ini adalah pemeteraian pelan kerjasama untuk menyelaraskan BRI dengan strategi pembangunan Brazil seperti Program Pecut Pertumbuhan, Pelan Perindustrian Baharu dan Inisiatif Laluan Integrasi Amerika Selatan. 

Menurut penganalisis, ia kondusif untuk menggalakkan penaiktarafan kerjasama kedua-dua negara, membantu  mempercepat proses pemodenan sekali gus meningkatkan tahap kerjasama antara China dan rantau Amerika Latin secara holistik.


Hubungan China-Brazil sudah melangkaui lingkungan dua hala dan berperanan positif dalam menggalakkan penambahbaikan tadbir urus global. 


Diyakini bahawa makin teguh China dan Brazil berdiri bersama, maka makin terjaminnya kepentingan bersama Selatan Global dan makin kuatnya tenaga untuk menjaga keamanan dan pembangunan dunia.  


Hubungan China-Brazil kini berada pada tempoh terbaik dalam sejarah. Berdiri di titik permulaan baharu, Presiden Xi memetik kata-kata legenda bola sepak Brazil Pele sebagai menyatakan "Gol paling cantik adalah yang seterusnya." Hubungan kedua-dua negara pasti akan melakar lembaran yang lebih indah pada masa depan.