Dunia Nantikan Suara China di Sidang Kemuncak G20
Beralih daripada mekanisme tindak balas krisis kepada mekanisme tadbir urus jangka panjang, Kumpulan 20 (G20) menjadi platform penting untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi global yang kukuh, mampan, seimbang dan inklusif.
Pembangunan merupakan perihal penting bagi semua negara.
Dalam lingkungan kerjasama G20, China sentiasa memberi tumpuan kepada isu pembangunan.
Apa yang lebih menarik adalah China sentiasa menekankan peri pentingnya pembangunan dipacu inovasi, terutamanya dalam sektor ekonomi digital dan pembangunan hijau.
Tadbir urus pula merupakan kata kunci untuk memahami peranan yang dimainkan China.
Di bawah kerangka G20, China menjunjung multilateralisme jitu dan memegang prinsip berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi dalam tadbir urus global.
China juga komited menggalakkan tadbir urus ekonomi global ke arah lebih adil dan munasabah, selain melantangkan suara Selatan Global.
China berpendapat G20 perlu menegakkan prinsip saling hormat dan kerjasama saling untung sambil menyokong negara Selatan Global mencapai kemajuan lebih besar.
Semasa sidang kemuncak itu, China bersama semua pihak mencari pendekatan pembangunan serta bersinergi menggalakkan multipolarisasi dunia yang sama rata dan teratur serta globalisasi ekonomi yang inklusif dan menguntungkan semua.
China dinanti-nantikan menyediakan lebih banyak kebijaksanaan dan tenaga untuk pembangunan bersama semua negara dan tadbir urus global.