China Cipta Detik Bersejarah di Rio de Janeiro Memacu Pembangunan Bersama

2024-11-20 15:43:08  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping menyeru agar membina dunia yang adil serta maju bersama dan membentuk sistem tadbir urus global yang rasional dan kondusif, ketika berucap dalam Sidang Kemuncak  G20 Ke-19 di Rio de Janeiro, Brazil pada Isnin waktu tempatan, dan turut mengumumkan siri tindakan China untuk menyokong pembangunan global. 

 

Melimpahkan rezeki dan menjalani kehidupan moden merupakan idaman rakyat pelbagai negara. Kejayaan China dalam usaha membantu seramai 800 juta orang membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan, yang dilihat sebagai sumbangan besar bagi usaha pembasmian kemiskinan sejagat, telah membantu "Selatan Global" mengukuhkan keyakinan dalam melakukan pembangunan, dan menjadikan negara-negara membangun percaya bahawa China boleh diteladani.


Maju bersama barulah pembangunan sebenar. Dalam sidang kemuncak kali ini, Xi mengemukakan lagi empat cadangan yang merangkumi perdagangan dan pelaburan, tamadun ekologi, persekitaran kerjasama ekonomi antarabangsa dan mengekalkan amalan multilateralisme. Yang semua ini mencerminkan pendirian dan anjuran yang dipegang China sejak sekian lama, iaitu kemakmuran dan kestabilan dunia mustahil dapat dibina jika orang miskin makin miskin manakala orang kaya lagi kaya. Maka, pelbagai negara seharusnya mendorong pembangunan sejagat ke arah yang lebih inklusif, universal dan kental.


China adalah pelaksana yang memberi sokongan jitu kepada pembangunan Selatan Sejagat, terbukti dengan 8 tindakan yang baru diwartakannya untuk senario global. Apa yang dilaksdanakan China justeru mempunyai satu tujuan, iaitu bersinergi dengan negara lain membasmi kemiskinan dan meneroka masa depan yang cerah.

Maju bersama tidak terlepas dari tata kelola yang perlu dikemas kini. Perkongsian sejagat merupakan satu konsep penting dalam diplomasi China, dan sudah dijadikan garis panduan negara ini dalam membina kerangka perkongsian yang semakin lengkap di seluruh dunia. Manakala, perkongsian ekonomi sejagat telah dijadikan elemen baharu dalam konotasi perkongsian, dan amat bererti bagi meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan dasar makro di persada dunia serta meneroka ruang pembangunan ekonomi dunia yang lebih luas.  


Selaku anggota penting G20, China akan terus menggalakkan multipolariti yang sama rata dan teratur serta globalisasi ekonomi yang inklusif dan universal, dan menyumbang kepada usaha memperjuangkan matlamat maju bersama dan mengemas kini tata kelola global.