Martabatkan Pengajaran Bahasa Melayu, Sumbang kepada Kerjasama Pendidikan dan Sosiobudaya China-Malaysia
Episod Edisi Asia kali ini memawancara tiga tetamu dari Beijing Foreign Studies University (BFSU), iaitu Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Sekolah Pengajian Asia BFSU, Prof Madya Dr Shao Ying (Adibah), Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, Sekolah pengajian Asia BFSU, Prof Madya Dr Han Xiao (Indah) dan Pelajar Sarjana Jurusan Bahasa Melayu BFSU, Sun Zichang (Ghina).
Sepanjang tempoh lebih enam dekad yang lalu, Jabatan Bahasa Melayu BFSU sentiasa beriltizam dan giat memupuk bakat-bakat bahasa Melayu yang berkualiti, sambil membuat sumbangan yang gemilang dan luar biasa dalam menggalakkan pertukaran dan kerjasama dalam bidang sosiobudaya dan pendidikan antara China dengan Malaysia.