Music Video (MV) Hi China, Rasai Pesona Budaya China

2024-11-11 13:41:29  CRI
Share with:

Dalam episod kali ini, wartawan CGTN Malay, Latifah kongsikan pengalaman sendiri ketika menyertai penggambaran Music Video (MV) HI CHINA terbitan Kumpulan Media China (CMG) untuk menyambut ulang tahun ke-75 tertubuhnya Republik Rakyat China.


MV itu mempamerkan pesona budaya di pelbagai tempat serta semangat dan kedinamikan golongan muda di China dewasa ini.


Selain MV itu, Latifah pula menceritakan detik-detik menarik apabila mencipta dan merakam klip video program 'Cuti-cuti Subway' yang mempertunjukkan sejarah dan budaya negara Tembok Besar, seperti menyusuri Paksi Tengah Beijing dengan menunggang basikal, menunjungi Tasik Barat Hangzhou, serta mendekati bandar Quanzhou, provinsi Fujian yang bercorakkan elemen budaya Melaka, Malaysia.


Program yang dicipta dengan caranya yang agak santai membolehkan ramai penonton dari Malaysia lebih memahami budaya China yang begitu unik dan berwarna-warni.