Pasar Sambutan Tahun Baharu Cina di Beijing

2024-01-22 21:15:41  CRI
Share with:

Tahun Baharu Cina bagi Tahun Naga akan tiba pada awal Februari nanti.

Membeli-belah dianggap tradisi terpenting untuk orang China sempena menyambut Tahun Baharu Cina. Mari kita berkunjung ke sebuah pasar yang bertemakan Sambutan Tahun Baharu Cina di Beijing.

Di pasar ini, barang-barang yang beraneka ragam dari pelbagai tempat di negara ini ditawarkan pada masa yang ditetapkan dan gerai-gerai pula ditempatkan di lokasi yang tertentu.

Barang-barang yang dijual melibatkan makanan, pakaian, barang kegunaan harian, mainan untuk kanak-kanak dan sebagainya.