Asal Usul tentang Pasar Sambutan Tahun Baharu Cina
Membeli-belah dianggap tradisi terpenting untuk orang China sempena menyambut Tahun Baharu Cina.
Pada zaman purba, pengangkutan di China terbatas, barang-barang juga berkurangan, sehingga setiap keluarga perlu membuat persiapan dengan membeli pelbagai barangan kira-kira sepuluh hari sebelum ketibaan Tahun Baharu Cina.
Semua orang akan membeli barang-barang yang biasanya mereka enggan beli kerana berjimat cermat dalam perbelanjaan harian untuk mengucapkan selamat tinggal kepada tahun yang lama dan mengalu-alukan tahun yang baharu. Jadi membeli-belah menjadi perkara yang paling dinanti-nantikan oleh orang ramai sempena menyambut tahun baharu.
Pada zaman sekarang, perkhidmatan pengangkutan dipermudahkan, barang dagangan juga bertambah banyak. Sibuk membeli belah untuk menyambut Tahun Baharu Cina bukan sahaja membolehkan orang ramai menghayati suasana meriah menjelang sambutan hari perayaan, tetapi juga membawa harapan baik agar semua keluarga bahagia untuk sepanjang tahun akan datang.