Pemimpin Asia Barat Seru Laksana 'Penyelesaian Dua Negara'

2024-04-30 15:21:03  CRI
Share with:

Pemimpin negara Asia Barat menyeru supaya gencatan senjata diwujudkan di Gaza serta-merta dan memastikan formula 'penyelesaian dua negara' dilaksanakan.

Semasa mesyuarat khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh, Perdana Menteri Mesir Mostafa Madbouly berkata semua bentuk rundingan yang diadakan adalah untuk melaksanakan 'penyelesaian dua negara'.


"Jika tidak, krisis berkenaan akan terus berlarutan sehingga memudaratkan setiap penduduk di rantau ini," kata beliau.

Perdana Menteri Jordan Bisher al-Khasawneh pula berkata dengan pelaksanaan 'penyelesaian dua negara', barulah rantau Asia Barat tidak akan terperangkap lagi dalam kesukaran.