CMG Lancar Program Pertukaran Kulinari China-Perancis

2024-05-01 15:23:49  CRI
Share with:

Kumpulan Media China (CMG) dan Kedutaan Perancis di China bersama-sama melancarkan program pertukaran kulinari pada Selasa, menjelang lawatan rasmi Presiden Xi Jinping ke Perancis.

Presiden CMG Shen Haixiong pada majlis pelancaran berkata integrasi kulinari dan budaya terpahat dalam memori rakyat China dan Perancis.


"Ia bukan sahaja seni atas lidah, tetapi juga medium komunikasi dan integrasi antara manusia dengan alam serta sesama manusia.


"Dengan memaparkan adat resam serta kebijaksanaan China dan Perancis, program berkenaan akan mendorong persefahaman antara rakyat kedua-dua negara," katanya.

Program kulinari itu merangkumi 10 episod yang masing-masing berdurasi selama 60 minit. 


Seramai 20 tukang masak dari kedua-dua negara akan menyertai pertandingan kemahiran menyediakan pelbagai juadah sebelum dinilai panel juri yang terdiri daripada pegawai diplomat dan sarjana budaya.


Program berkenaan akan disiarkan menerusi pelbagai saluran TV dan platform media baharu CMG serta media Perancis pada Julai.