China akan Tegas Bertindak Pelihara Kedaulatan Negara, Kata Kementerian Luar

2024-05-15 22:04:21  CRI
Share with:

 

Pulau Huangyan ialah wilayah China. China mempunyai kedaulatan yang tidak dapat dipertikaikan terhadap pulau berkenaan dan kawasan perairan sekitarnya.


China telah membuat pengaturan dengan baik hati pada tahun 2016 berikutan sejumlah kecil nelayan Filipina menjalankan penangkapan ikan yang normal di sekitar Pulau Huangyan, sementara China menjalankan pengawalan dan penyeliaan terhadap aktiviti nelayan Filipina berdasarkan undang-undang.


Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian dalam sidang media pada Rabu.


Menurut laporan, sebanyak lima perahu nelayan komersial yang membawa kira-kira 200 orang awam belayar dari Filipina menuju ke kawasan perairan sekitar Pulau Huangyan pada Rabu. Penganjur terbabit mendakwa bahawa langkah itu adalah untuk menjaga hak dan kepentingan mereka terhadap kawasan perairan yang dipertikaikan itu.


Mengulas laporan tersebut, Wang mengatakan bahawa sekiranya Filipina menyalahgunakan kebaikan hati China, mencabuli kedaulatan dan kuasa China, maka China akan dengan tegas memelihara hak diri dan mengambil tindakan balas sewajarnya berdasarkan undang-undang. Tanggungjawab dan akibatnya perlu ditanggung penuh oleh pihak Filipina.