Cari:
Persembahan Tarian Tradisional China Sempena Sambutan Hari Natal 2010 Disambut Meriah di A.S.
2010-12-29 13:31:16 CRI Cetak

Pada bulan Disember lalu, pelbagai acara kebudayaan telah diadakan di seluruh negara Amerika Syarikat untuk menyambut Hari Natal tahun ini. Sebagai acara kemuncak bagi persembahan "Imej China" anjuran China Arts and Entertainment Group (CAEG), taridra yang berjudul "Forbidden Fruit Under the Great Wall" telah berjaya dipentaskan di Pusat Kennedy di Washington DC.

Taridra "Forbidden Fruit Under the Great Wall" sudah tidak asing lagi bagi penonton di China. Taridra ini telah merangkul hampir semua hadiah bagi anugerah seni pentas di China. Ia ditulis dan diarahkan oleh Encik Zhang Jigang, yang merupakan Naib Pengarah Majlis Pembukaan dan Penutup Sukan Olimpik Beijing 2008 dan juga Pengarah Majlis Pembukaan dan Penutup Sukan Para Asia yang baru selesai di Guangzhou.

Pentas taridra "Forbidden Fruit Under the Great Wall" menggunakan lukisan perkarangan rumah saudagar Shanxi yang cantik sebagai hiasan latarnya. Selain hiasan latar yang mempesonakan, muzik tradisi rakyat Shanxi juga melatari persembahan ini kerana amat tertarik dengan persembahan yang dibawakan oleh seniman dari China, para penonton di A.S. telah berdiri dan memberikan sorakan dan tepukan yang gemuruh selepas setiap kali persembahan berakhir.

Encik Ted Clark dari National Public Radio A.S., yang banyak menonton persembahan budaya dari pelbagai negara menyifatkan taridra ini sebagai persembahan yang jalan ceritanya cukup menarik dan berjaya memaparkan ciri-ciri budaya China.

1 2 3
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China