"Persembahan ini memang menarik, mengagumkan dan klasik. Babak yang paling saya suka ialah tarian berpasangan."
"Forbidden Fruit Under the Great Wall" menceritakan sebuah tragedi percintaan antara seorang gadis yang cantik dan seorang pekerja lelaki yang muda. Penayangan pengenalan ringkas dalam bahasa Inggeris sebelum setiap babak telah membantu penonton memahami perkembangan jalan cerita taridra ini.
Encik Alan Shepherd yang bekerja di Pentagon mempunyai pandangan tersendiri terhadap jalan cerita taridra ini.
"Persembahan ini sangat menarik. Jalan ceritanya sedikit menyerupai karya Shakespeare, "Romeo and Juliet". Muzik yang digunakan juga sangat merdu. Tapi, yang paling saya sukai ialah tariannya. Ia lain daripada balet yang merupakan warisan budaya barat. Persembahan ini menggabungkan seni akrobatik untk menghidupkan jalan ceritanya."
Taridra "Forbidden Fruit Under the Great Wall" dipentaskan di Pusat Kennedy dari 10 haribulan hingga12 haribulan Disember 2010. Tiket pementasan perdana dikatakan habis dijual.
Encik Synthia Woodcock ialah seorang ejen harta tanah tempatan. Beliau telah menonton pementasan perdana taridra itu.
"Persembahan ini memang mengagumkan. Baik persembahan tarian, hiasan latar mahupun kostum, semuanya cantik sekali. Ini satu cerita cinta yang klasik dan dipersembahkan dengan cukup baik oleh para penari."
Sejak pementasan perdananya pada bulan Disember 2004, taridra "Forbidden Fruit Under the Great Wall" telah dipentaskan lebih daripada 830 kali di lebih daripada 30 buah bandar di China. Jumlah penontonnya sudah melebihi sejuta orang. Selain itu, persembahan ini juga pernah dipentaskan di Jepun, Republik Korea, Rusia dan Australia.