
Persatuan Palang Merah Filipina semalam mengesahkan, taufan "Hagupit" yang melanda negara itu pada malam 6 Disember yang lalu telah meragut 21 nyawa.
Setakat ini, telekomunikasi dan bekalan elektrik di kawasan-kawasan yang berkenaan belum pulih. Banjir dan runtuhan tanah akibat taufan kali ini telah mengakibatkan beberapa lebuh raya terputus. Kecuali badan perubatan dan penyelamat bencana, kesemua badan kerajaan dan korporat terpaksa berhenti operasinya.








