Cari:
Farah: Bertemu Kembali, Wahai Kota Xi'an!
2012-09-21 08:47:31 CRI Cetak


Gambaran pelukis: Pusat Perdagangan Makanan Halal Antarabangsa San Bao Shuang Xi apabila siap dibina

Falsafah perniagaan beliau amat menarik perhatian saya; beliau benar-benar percaya bahawa kejayaan seseorang muslim bergantung besar pada jiwanya dan didorong oleh keimanan. Daripada sumbangan beliau terhadap golongan yang memerlukan, baik dalam bentuk kewangan mahupun latihan yang ditawarkan, beliau terbukt bukan sahaja giat mengembangkan industri produk makanan halal, tetapi juga memainkan peranan yang besar dalam usaha pembangunan insan.   


Antara produk halal yang akan dijual di pasar raya tersebut

Selain dibawa melawat ke rumah yang juga pejabatnya, kami juga diberi peluang untuk melihat Pusat Perdagangan Makanan Halal Antarabangsa San Bao Shuang Xi yang sedang dalam pembinaan. Apabila selesai dibina, selain pasar raya seluas 4000 meter persegi yang bakal menjual lebih 100 ribu jenis produk halal, pusat tersebut juga menyediakan ruang pameran makanan halal, gerai makan, pusat kebudayaan, taman kanak-kanak, dan masjid.


Rombongan wartawan dibawa melawat ke lokasi pembinaan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China