
Simposium yang bertemakan "Dekad Intan China-ASEAN: Perkembangan Baharu Syarikat" anjuran Majlis Perniagaan China-ASEAN(CABC) diadakan di Beijing hari ini.
Naib Setiausaha Agung Sekretariat CABC, Xu Ningning menyatakan, syarikat-syarikat dari China dan ASEAN perlu mengambil peluang penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN, mengambil faedah pembangunan hubungan China-ASEAN, serta memainkan peranan sebagai peneraju hubungan kedua-dua pihak.

Menteri Penasihat Perdagangan Kedutaan Besar Thailand ke China, Thalerngsak Vongsamsorn menyatakan, syarikat-syarikat dari China dan ASEAN perlu meningkatkan saling persefahaman bagi menggalakkan kerjasama pelaburan dan perdagangan antara kedua-dua pihak.








