Menteri Luar China, Wang Yi yang menghadiri Mesyuarat Menteri Luar ke-2 Kerjasama Sungai Lancang-Mekong di Siem Reap, Kemboja, mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Kemboja, Prak Sokhonn semalam.
Wang berkata, kerjasama Sungai Lancang-Mekong merupakan mekanisme kerjasama baharu yang dibina atas inisiatif negara-negara subkawasan berkenaan. Pembentukan mekanisme itu selaras dengan integrasi serantau dan hasrat negara-negara terlibat untuk memperkasakan kerjasama yang menang-menang.
China bersedia bersama-sama negara-negara di kawasan pengaliran Sungai Mekong termasuk Kemboja untuk menjayakan mekanisme kerjasama tersebut.
Prak Sokhonn pula berkata, China memainkan peranan yang amat penting dalam kerjasama Sungai Lancang-Mekong. Kemboja bersedia bekerjasama dengan pihak-pihak yang berkenaan untuk menjayakan mesyuarat kali ini.